
Untuk Ingatan…
Website ini utk keluarga pembeli www.rahsiapuff.com sahaja. Seperti diberitahu dlm web, pakej ini untuk kegunaan keluarga dan perniagaan makanan anda. Buat masa ini, pakej ini bukan untuk pengajar masakan walau apa tujuannya.
Anda dilarang berkongsi secara terbuka segala resepi, tips dan teknik di dalam panduan ini samada di internet, fb, group, komen dan sebagainya. Tapi boleh kongsi dgn orang perseorangan melalui taip/cakap/tulisan anda sendiri. Itupun jika betul-betul perlu. Cuma kena ingatkan orang tu, tidak boleh kongsi secara terbuka juga.
Namun seeloknya beritahu mereka untuk beli sendiri melalui laman webnya. Atau anda belikan untuk mereka sebagai hadiah. Kalau rakan minta resepi, kata je “Elok belajar di www.rahsiapuff.com berbaloi”
Semoga kita menjaga keberkatan ilmu yang dipelajari agar diri, anak dan keluarga anda baik dan sihat. InsyaAllah
PSST: Sebarang pertanyaan perlu guna whatsapp (+60137757915) Tapi sebelum bertanya, pastikan anda tonton kesemua video dan baca kesemua tips dalam website..Bukannya tengok sikit, wasap, tengok sikit wasap
Versi web ini baru sahaja dibuat dengan copy dari versi dvd saya. So jika ada kesilapan copy, sila wasap saya taw. tq.
MENU UTAMA
Boleh klik Menu Di bawah atau scroll Down
MODUL 1: CARA BUAT ANEKA PUFF
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 2: ANEKA CROISSANT & DANISH
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 3: ANEKA CREAM PUFF
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 4: ANEKA FILLING & CREAM
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 5: BISNES PUFF & DANISH
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down
MODUL 6: INFO TAMBAHAN
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 1: CARA BUAT ANEKA PUFF
1a Proses Membuat Puff

Secara ringkas bahan-bahan di timbang dan digaul sehingga menjadi doh. Kemudian disejukkan dalam peti sejuk selama 20minit. Seterunya digelek dan dimasukkan pastri marjerin ke dalamnya. Kemudian digelek panjang dan dilipat buku dan disimpan dlm peti sejuk selama 5 minit. Proses lipat buku ini dibuat tiga kali. Seterusnya digelek pada saiz 9inci X 20inci dan dipotong kpd saiz 4.5inc X 4inci. Dan dimasukkan inti, disapu egg wash dan dibakar.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1b. Peralatan Yang Diperlukan

1. Penimbang Biasa Atau Penimbang Digital
Bahan perlu ditimbang dengan betul dan ditimbang dalam gm.. Anda boleh menggunakan penimbang biasa atau penimbang digital. . Harga penimbang digital tidaklah mahal dalam RM30 – Rm80 sahaja. Anda boleh beli penimbang di kedai bahan bakery atau secara online di www.rahsiapuff.com/cut/

2. MESIN MIXER atau BEKAS PLASTIK
Jika anda tidak memiliki Mesin Mixer Heavy Duty, anda boleh menggunakan bekas plastik untuk membancuh dan menguli doh bun. Bekas plastik ini boleh dibeli dengan mudah di hypermarket. Uli doh puff tidak lama, so boleh guna tangan sahaja

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1

1b. Peralatan Yang Diperlukan
3. Roller Pin, Dough Divider, Roller Cutter & Lattice Cutter
Doh divider digunakan untuk memotong doh dan roller pin untuk mengelek doh. Ia boleh dibeli di kedai bahan bakeri. Manakala roller cutter juga untuk memotong doh. One wheel roller cutter mudah dibeli di kedai bahan bakeri. Tetapi 5 wheel roller cutter dan lattice cutter jarang dijual di kedai bahan bakeri. Anda boleh beli 5 wheel roller cutter dan lattice cutter secara online di www.rahsiapuff.com/cut/

4. Oven Biasa Atau Industrial Oven
Kita perlu menggunakan oven untuk membakar bun. Untuk rumah, boleh menggunakan elektrik oven yang biasa. Tetapi untuk perniagaan, elok gunakan industrial gas oven kerana hasilnya lebih baik dan boleh masak sekali banyak.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1

1b. Peralatan Yang Diperlukan

5&6. Dough Roller Sheeter
Mesin ini sangat membantu anda mengelek doh kepada lapisan nipis dengan baik. Cara gunanya mudah sahaja. Anda hanya perlu setkan saiz ketebalan doh terlebih dulu. .Untuk puff saiz ketebalan 2-3mm manakala untuk danish 5-7mm. Seterusnya hidupkan suiznya dan masukkan doh ke dalamnya. Tapi harga mesin nie agak mahal.

7. Mesin Doh Proofer Mesin ini untuk perap danish/croissant supaya ia kembang sebelum dibakar. Pada saya mesin ini tidak perlui kerana suhu negara kita sesuai untuk doh kembang. Tetapi jika anda mahu gunakan, caranya mudah sahaja. Di dalam mesin ini ada bekas air yang perlu diisi air. Boleh isi separuh dari bekasnya. Kemudian setkan humidity(kelembaban) kepada 90%. Dan setkan suhu atau temperaturenya antara 27 darjah celcius hingga 29 darjah celcius. Kemudian hidupkan mesin dan setkan masa dalam 1 jam untuk danish. Anda juga boleh baca manusl mesin ini dan cara setting.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1c. Resepi Puff Original
Bahan kering
250gm Tepung Gandum
10gm Gula Halus
1gm Garam
25gm Pure Butter (Brand Anchor)
Bahan Cecair
110-120gm Air SejuK (mulakan 110gm)
25gm Susu Segar
Bahan Berminyak
125gm Pastry Marjerin


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1d. Video Membuat Puff Original
Video 1d: Cara Membuat Puff Original
Ringkasan video di atas:
1. Resepi ada di modul 1c, atas video sahaja.
2. Timbang bahan kering dan ramas ke semua bahan kering sehingga menjadi serbuk.
2. Masuk bahan cecair dan gaul sehingga menjadi doh. Uli doh selama 2-3 minit sahaja. Tak perlu uli lama sebab kita tak mahu doh jadi kenyal dan susah digelek nanti.
Nota: Uli sekejap jee, sotak perlulah guna breadmaker. Kalau nak guna mesin mixer heavy duty ada di ajar di modul 5c.
3. Kemduian simpan di dalam peti sejuk dalam masa 20 minit.
4. Langkah seterusnya kita gelek doh sehingga menjadi lapisan doh nipis yang bersaiz 8inci X 11inci
5. Kemudian masukkan pastry marjerin ke atas lapisan doh. Letakkan separuh dari saiz lapisan doh seperti di dalam video.
6. Lipat dua lapisan doh untuk menutup pastry marjerin. Kemudian tekan doh sambil memanjangkan lapsian doh. Kena tengok video dulu baru paham.
7. Kemudian gelek sehingga dapat saiz 7inci X 18inci dan buat lipat buku seperti di dalam video.
8. Simpan lipatan doh di dalam peti sejuk selama 5 minit.
Nota: Lagi elok simpan di dalam freezer selama 5 minit. Sebab saya risau peti sejuk anda kurang sejuk. Freezer bahagian simpan ayam dan air batu. Guna freezer taw.
9. Kita perlu buat lipat buku ini sebanyak tiga kali dengan cara yang sama. So gelek lagi memanjang dan lipat lagi lapisan doh dan masukkan lagi ke dalam freezer selama 5 minit. Selepas siap, buat sekali lagi.
10 Selepas siap, kita gelek untuk kali terakhir sehingga menjadi lapisan doh 20inci X 9 inci dan potong kepada 10 lapisan doh saiz kecil.
11. Masukkan inti dan tutup lapisan doh kecil. Kemudian tekan bahagian hujungnya dengan garfu.
12. Sapu egg wash menggunakan kuning telur sahaja. Biarkan 15 minit di atas meja sebelum bakar.
13. Bakar pada suhu 180 darjah celcius untuk oven kecil dalam masa 20-25 minit. Suhu oven dan jangka masa bakar bergantung juga pada kualiti oven. Ada diterangkan di tips tambahan.
8. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1e. Video Membuat Aneka Bentuk Puff
Video 1e: Cara Membuat Aneka Bentuk Puff
Ringkasan video di atas:
1. Pastikan anda telah menonton video modul 1d sebelum buka video ini.
2. Dalam video ini, kita akan membuat pelbagai bentuk puff sahaja.
3. Bentuk pertama berbentuk tiga segi. Anda perlu buat lapisan doh kecil bersaiz 4.5inci X 4.5inci dan lipat dua menjadi tiga segi.
4. Bentuk yang kedua sama dengan bentuk pertama cuma dikelarkan di atasnya.
5. Bentuk yang ketiga pula berbentuk empat segi tepat.
6. Bentuk yang keempat berbentuk empat segi tepat yang dikelar di atasnya. .
7 . Bentuk yang kelima sama seperti bentuk karipap. Ia menggunakan lapisan doh bulat berdiameter 4inci.
8. Bentuk yang keenam sama seperti bentuk yang kelima, cuma dikelarkan diatasnya.
9. Bentuk ke tujuh guna dua lapisan doh bulat yang berdiameter 3inci.
10. Bentuk yang kelapan seperti bentuk gula-gula dalam plastik kecil.
Nota: Sebenarnya anda boleh guna apa sahaja saiz yang disukai.
11. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1f. Video Membuat Chicken Pie
Video 1f: Cara Membuat Chicken Pie
Ringkasan video di atas:
1. Pastikan anda telah menonton video modul 1d sebelum menonton video ini.
2. Bekas aluminium foil bulat yang digunakan ialah bersaiz 3 inci di atasnya.
2. Mula-mula anda perlu gelek lapisan doh besar menjadi lapisan doh petak saiz 22inci X 8 inci.
3. Kemudian tekap dengan round cutter berdiameter 3 inci. Bahagian ini untuk lapisan atas penutup chicken pie. Tekap 6 kali di bahagian kanan lepasian doh besar.
4. Bahagian kiri lapisan doh besar yang tinggal perlu digelek lagi sehingga menjadi saiz 28 inci X 4 inci. Dan kemudian ditekan dengan round cutter yang bersaiz 4 inci. Bahagian ini untuk lapisan dalam chicken pie. Tekap 6 kali juga.
5. Kemudian masukkan lapisan doh kecil bulat berdiameter 4 inci ke dalam aluminium foil pan,
6. Selepas itu masukkan inti chicken filling kedalamnya. Untuk resepi dan cara buat inti chicken pie ada di modul 4b.
7. Tutup dengan lapisan doh kecil pugg yang berdiameter 3 inci. Dan tekan tepinya dengan garfu.
8. Sapu egg wash menggunakan kuning telur sahaja. Biarkan 15 minit di atas meja sebelum bakar.
9. Bakar pada suhu 180 darjah celcius untuk oven kecil dalam masa 20-25 minit. Suhu oven dan jangka masa bakar bergantung juga pada kualiti oven. Ada diterangkan di tips tambahan.
10. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1g. Video Membuat Mini Pizza
Video 1g: Cara Membuat Mini Pizza
Ringkasan video di atas:
1. Pastikan anda telah menonton video modul 1d sebelum menonton video ini.
2. Kita buat lapisan doh besar bersaiz 8 inci X 20 inci. K
3. Kmudian kita potong lapisan doh besar sehingga menjadi saiz 4 inci X 4 Inci.
4. Seterusnya kita buat dulu inti sosej. Caranya cara potong dadu sosej dan gaul dengan mayonis dan gula. Sukatannya agak-agak sahaja dan boleh ditambah atau dikurangkan sukatannya mengikut citarasa.
5. Sapukan dulu egg wash di bahagian tepi-tepi lapisan doh kecil.
6. Seterusnya masukkan inti sosej tadi ke atas lapisan doh kecil 4 inci X 4 inci.
Nota: Gunakan round cutter untuk meletakkan inti sosej ke atas lapisan doh kecil dengan kemas seperti dalam video.
7. Kemudian pipingkan sos cili di atas mini pizza kita. Biarkan 15 minit di atas meja sebelum bakar.
8. Bakar pada suhu 180 darjah celcius untuk oven kecil dalam masa 20-25 minit. Suhu oven dan jangka masa bakar bergantung juga pada kualiti oven. Ada diterangkan di tips tambahan.
9. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1h. Video Membuat Pizza Puff
Video 1h: Cara Membuat Pizza Puff
Ringkasan video di atas:
1. Pastikan anda telah menonton video modul 1d sebelum menonton video ini.
2. Kita perlu buat lapisan puff yang bersaiz 18inci X 9inci. Dan kemudian potong dua menjadi 9inci X 9inci.
3. Seterusnya sapu kuning telur pada bahagian tepi lapisan doh. Manakala sos cili di sapu di bahagian tengahnya.
4. Seterusnya masukkan inti pizza yang digaul dengan mayonis ke atas bahagian tengah pizza puff. Ini pizza ada di ajar di modul 4c.
5. Seterusnya biarkan sekejap dalam masa 15 minit sebelum dibakar.
6. Kita bakar pada suhu 180 darjah dalam masa 8-9 minit terlebih dahulu
7. Kemudian keluarkan pizza puff dari oven dan letakkan cheese mozarella ke dalam bahagian tengah pizza puff. Dan tambahlah lagi inti pizza keatasnya secara bertompok-tompok.
8. Seterusnya kita bakar lagi dalam masa 4-5minit dan siap. Untuk tahu dah masak ialah bahagian atas dan bawah telah berwarna brown.
Nota: Apabila masuk cheese mozarella, tak boleh bakar lama sangat nanti ia keras.
Nota: Suhu oven dan jangka masa bakar bergantung juga pada kualiti oven. Ada diterangkan di tips tambahan.
9. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1i. Tips Tambahan Puff Pastry
1. Tepung gandum yang disarankan ialah tepung bakerchoice yang biasa digunakan untuk bakery. Namun anda boleh guna tepung brand lain seperti faiza, cempaka, bluekey dan lain-lain. Cuma jika anda guna tepung brand lain, mungkin adunan lebih lembik atau lebih keras kerana kadar serapan air tidak sama di antara jenama atau ladang tepung. Jika doh anda terlalu lembik, boleh tambahkan sedikit lagi tepung semasa uli . Dan untuk cubaan seterusnya anda perlu kurangkan sikit sukatan air . Dan uli doh tidak lama dalam 3-4 minit sahaja. Dan jika anda mahuu puff yang dibakar lebih lembut di dalamnya, anda hanya perlu tambah lagi sukatan air 5gm.
2. Untuk cara mendapatkan peralatan seperti 5 wheel roller cutter dan lain-lain ada modul 1b bab peralatan.
3. Jangka masa bakar tidak sama kerana kualiti oven berbeza. Sebab walau anda setkan 180 darjah, belum tentu di dalam oven 180 darjah celcius. So untuk permulaan, anda bakar 2 biji terlebih dahulu dan ikut seperti cara dalam video. Untuk 8-10 minit pertama kena bakar pada suhu tinggi iaitu 180 darjah celcius untuk puff kembang. Jika puff tak kembang, anda perlu tambah lagi suhunya kepada 190 darjah celcius. Dan selepas bakar 8-10 minit kita tambah tray diatas untuk mengelakkan puff hitam. Atau anda juga boleh kurangkan suhunya kepada 150darjah celcius selepas 8-10 minit bakar. Biasa keseluruhan masa bakar 20minit
Untuk industrial oven pula, suhunya ialah 200 darjah celcius api atas dan 190darjah celcius api bawah dan suhunya maintain atau sama dan dibakar selama 20minit.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1

1i. Tips Tambahan Puff Pastry
4. Kita buat lapisan doh puff besar pada saiz 20inci X 9inci. Anda sebenarnya boleh buat apa sahaja saiz, asalkan ketebalannya dalam 2mm-3mm. Namun jika anda mahu puff kembang lebih tebal untuk pizza, anda boleh tambah ketebalan lapisan doh kepada 5mm atau buat doh bersaiz yang lebih kecil seperti 18ncinX9inci atau16inci X 8 inci. Ia terpulang kepada anda.
5. Egg wash untuk puff memang guna kuning telur sahaja. Pada saya baunya tidaklah hanyir selepas puff dibakar, Tapi jika anda rasa baunya hanyir, anda boleh tambah setitik essence vanila atau butter oil untuk menghilangkan bau hanyir.
6. Untuk puff crispy tahan lama, biasanya kedai meletakkan puff mereka dibawah lampu. Dan selepas sejuk. Boleh gantikan butter brand anchor dengan buttercup buku biasa atau buttercup tong.
7. Selepas lapisan doh dilipat, elok masuk dalam freezer selama 5minit. Dalam video saya masuk ke dalam chiller sebab saya gelek cepat. Tapi untuk anda elok masuk dalam freezer untuk ia lebih keras dan elak pastry marjerin cepat cair semasa di gelek. Ini membantu menghasilkan puff yang berlapis..
8. Selepas lapisan doh besar dipotong, biasanya ada lebihan lapisan doh di tepi-tepi yang tidak diguna. Jangan buang dan jangan uli lebihan lapisan doh. Anda boleh tempek atau lekatkan di atas di antara satu sama lain. Kemudian gelek semula hingga menjadi lapisan doh baru dengan ketebalan 2-3mm.
9. Selepas anda berjaya membuat puff, jangan lupa wasap saya gambar puff di +60137757915 dengan sedikit komen. Sebab ada bonus istimewa resepi tambahan berkaitan puff akan diberi.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
MODUL 2: ANEKA CROISSANT & DANISH
2a. Resepi Crossaint & Danish
Bahan kering
250gm Tepung Roti / High Protein
40gm Gula Halus
3gm Garam
5gm Yis
2.5gm Crusty Improver (Optional, tiada pun tak pe)
25gm Pure Butter (Brand Anchor)
Bahan Cecair
100gm Susu Segar
40gm-60gm Air Sejuk (mulakan 50gm)
Bahan Berminyak
125gm Pastry Marjerin


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2b. Video Buat Doh Crossaint & Danish
Video 2b: Cara Buat Doh Crossaint & Danish
Ringkasan video di atas:
1. Resepi ada di modul 2a. Atas video nie sahaja. Danish dan croissant guna resepi yang sama.
2. Timbang bahan kering dan ramas ke semua bahan kering sehingga menjadi serbuk.
2. Masuk bahan cecair dan gaul sehingga menjadi doh. Uli doh selama 2-3 minit sahaja. Tak perlu uli lama sebab kita tak mahu doh jadi kenyal dan susah digelek nanti.
Nota: Uli sekejap jee, so tak perlulah guna breadmaker. Kalau nak guna mesin mixer heavy duty ada di ajar di modul 5c.
3. Kemudian simpan di dalam peti sejuk dalam masa 20 minit.
4. Langkah seterusnya kita gelek doh sehingga menjadi lapisan doh nipis yang bersaiz 8inci X 11inci
5. Kemudian masukkan pastry marjerin ke atas lapisan doh. Letakkan separuh dari saiz lapisan doh seperti di dalam video.
6. Lipat dua lapisan doh untuk menutup pastry marjerin. Kemudian tekan doh sambil memanjangkan lapsian doh. Kena tengok video dulu baru paham.
7. Kemudian gelek sehingga dapat saiz 7inci X 18inci dan buat lipat buku seperti di dalam video.
8. Simpan lipatan doh di dalam peti sejuk selama 5 minit. Elok guna freezer taw.
Nota: Lagi elok simpan di dalam freezer selama 5 minit. Sebab saya risau peti sejuk anda kurang sejuk. Freezer bahagian simpan ayam dan air batu. Guna freezer taw.
9. Kita perlu buat lipat buku ini sebanyak tiga kali dengan cara yang sama. So gelek lagi memanjang dan lipat lagi lapisan doh dan masukkan lagi ke dalam freezer selama 5 minit. Selepas siap, buat sekali lagi.
10. Selepas siap, kita gelek kali terakhir sehingga menjadi lapisan doh 18inci X 9 inci dan potong sehingga menjadi saiz kecil 4.5inci X 4.5inci untuk danish. Untuk croissant, cara potong ada di dalam video
11. Jika anda ingin membuat croissan, sambungan video ada di modul 2c. Jika nak buat danish, sambungan video ada di modul 2d.
12. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2c. Video Buat Crossaint
Video 2c: Cara Buat Crossaint
Ringkasan video di atas:
1. Pastikan anda telah menonton video 2b sebelum menonton video ini.
2. Anda perlu membuat potongan lapisan croisant seperti yang diajar di modul 2b. Lapisan doh digelek menjadi saiz 18inci X 9inci dan dipotong menjadi lapisan doh kecil crossaint bersaiz 4.5inci X 8 inci.
Nota: Jika selepas potong, saiz lapisan doh kecil danish mengecut, anda perlu gelek lagi.
3. Dan sapukan air paip di dalam lapisan doh crossaint. Dan gulung dari atas ke bahagian ekornya.
4. Semasa gulung, pastikan bahagian ekor crossaint di bawah crossaint. Ini mengelak doh croissant terbuka semasa ia kembang nanti.
5. Dan bahagian tepi atau telingga croissant nampak telinganya terbuka. Letakkan di atas tray.
6. Selepas siap semua, biarkan ia kembang dalam masa 1 jam 15 minit.
7. Selepas kembang sapukan egg wash dan bakar pada suhu 180 darjah celcius untuk oven kecil selama 14-17minit.
Nota: Suhu dan masa bergantung juga pada kualiti oven. Jika kulit croissant masak tapi di dalam lembik dan tak masak, kurangkan suhu oven kepada 160 darjah.
8. Selepas bakar dan keluar oven tidak perlu sapu apa-apa di atasnya.
9. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2d. Video Buat Danish Buah-Buahan
Video 2d: Cara Buat Danish Buah-Buahan
Ringkasan video di atas:
1. Pastikan anda telah menonton video 2b sebelum menonton video ini.
2. Anda perlu membuat potongan lapisan danish seperti yang diajar di modul 2b. Lapisan doh digelek menjadi saiz 18inci X 9inci dan dipotong kepada lapisan kecil 4.5inci X 4.5inci.
Nota: Jika selepas potong, saiz lapisan doh kecil danish mengecut, anda perlu gelek lagi untuk menjadikan saiznya 4.5inci X 4.5inci.
4. Tarik bucu lapisan doh kecil dan lipat ke tengahnya dan tekan untuk ia lekat. Buat untuk untuk keempat-empat bucu.
5. Biarkan ia kembang dalam masa 1jam 15minit. Selepas itu sapukan egg wash menggunakan kuning telur.
6. Pipingkan custard cream ke bahagian tengah danish. Cara buat custard cream ada di modul 4d.
7. Seterusnya kita bakar dalam masa 15-17minit dengan suhu 180 darjah.
Nota: Suhu dan masa bergantung juga pada kualiti oven. Jika kulit croissant masak tapi di dalam lembik dan tak masak, kurangkan suhu oven kepada 160 darjah.
8. 1 minit sebelum masak, kita keluarkan danish dari oven dan letakkan buah di atasnya. Tambah sikit custard cream supaya buah melekat pada danish. Kemudian masuk semula ke dalam oven dan masa selama 1-2 minit.
9. Selepas siap masak, kitas sapukan dengan apricot glaze di atas buah dan custard cream supaya buah tidak cepat rosak. Cara membuat apricot glaze ada di ajar di modul 4f.
8. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2e. Video Buat Aneka Bentuk Danish
Video 2e: Cara Buat Aneka Bentuk Danish
Ringkasan video di atas:
1. Pastikan anda telah menonton video 2b dan 2d sebelum menonton video ini.
2. Terlebih dahulu anda perlu membuat dulu lapisan doh danish yang bersaiz 18inci X 9inci dan dipotong kepada lapisan kecil 4.5inci X 4.5inci seperti yang diajar di modul 2b.
3. Cara membentukkan 8 jenis bentuk danish ada ditunjukkan di dalam video di atas. Lebih mudah paham dengan tengok dalam video.
4. Selepas isap buat 8 bentuk danish, anda perlu belajar cara membakarnya di modul 2d
5. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2f. Video Buat Sosej Danish & Berinti
Video 2f: Cara buat Sosej Danish & Berinti
Ringkasan video di atas:
1. Pastikan anda telah menonton video 2b dan 2d sebelum menonton video ini.
2. Terlebih dahulu anda perlu membuat dulu lapisan doh danish yang bersaiz 18inci X 9inci dan dipotong kepada lapisan kecil 4.5inci X 4.5inci seperti yang diajar di modul 2b.
3. Cara membentukkan 4 jenis danish berinti ada ditunjukkan di dalam video di atas. Lebih mudah paham dengan tengok dalam video.
4. Selepas siap buat 4 neis danish berinti, anda perlu belajar cara membakarnya di modul 2d
5. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2g. Video Buat Cinamon Roll
Video 2g: Cara Buat Cinamon Roll
Ringkasan video di atas:
1. Pastikan anda telah menonton video 2b dan 2d sebelum menonton video ini.
2. Terlebih dahulu anda perlu membuat dulu lapisan doh danish yang bersaiz 18inci X 9inci seperti diajar di modul 2b dan tidak perlu dipotong kecil.
3. Seterusnya kita sapukan custard cream di atasnya. Cara buat custard cream ada di ajar di modul 4d.
4. Tabur kismis hitam dan buah peach dalam tin yang dipotong dadu ke atasnya. Seterusnya kita taburkan cinamon powder di atasnya juga.
5. Selepas siap, kita gulung dari atas ke bawah. Anda perlu gulung rapat-rapat. Jika tidak, ia akan terbuka nanti semasa kembang.
6. Selepas siap gulung, kita potong kecil pada size 1 inci. Letakkan atas tray, dah biarkan ia kembang dalam masa 1jham 15minit.
7. Selepas kembang sapukan egg wash menggunakan kuning telur.
8. Bakar pada suhu 180 darjah celcius untuk oven kecil selama 14-17minit. Cara bakar ada diajar dengan terperinci di modul 2d.
Nota: Suhu dan masa bergantung juga pada kualiti oven.
8. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2h. Tips Tambahan Croissant & Danish
1. Dalam dvd saya gunakan tepung high protein atau tepung roti brand diamond. Tapi anda boleh guna brand lain seperti gunung emas, cap kuda dan blue key superfine kotak oren. Cuma jika anda guna tepung brand lain, mungkin adunan lebih lembik atau lebih keras kerana kadar serapan air tidak sama di antara jenama atau ladang tepung. Jika doh anda terlalu lembik, anda boleh tambahkan sedikit lagi sedikit tepung semasa uli. Dan untuk cubaa seterusnya, anda perlu kurangkan sikit sukatan air.
2. Jangka masa uli doh tidak boleh terlalu lama. Jika lama doh akan kenyal dan akan susah digelek semasa buat lipat buku. Elok anda uli dalam masa 3-5 minit sahaja dgn tangan.
3. Jangka masa bakar tidak sama kerana kualiti oven berbeza. Sebab walau anda set 180 darjah, belum tentu di dalam oven 180 darjah juga. So untuk permulaan, anda bakar 2 biji terlebih dahulu dan ikut seperti cara dalam video. Untuk 5-6 minit pertama kena bakar pada suhu tinggi iaitu 180 darjah celcius untuk croissant kembang. Jika croissant kurang kembang, anda perlu tambah lagi suhunya kpd 190 darjah celcius. Dan selepas bakar 5-6 minit kita tambah tray diatas untuk mengelakkan croissant hitam. Atau anda juga boleh kurangkan suhunya kepada 150 darjah celcius selepas 5-6 minit bakar. Biasa keseluruhan masa bakar 15 minit
Untuk industrial oven pula, suhunya ialah 200 darjah celcius api atas dan 190darjah celcius api bawah dan suhunya maintain atau sama dan dibakar selama 16-20minit.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2

2h. Tips Tambahan Croissant & Danish
4. Pastry marjerin yang digunakan dlm video ialah brand topup. Tapi sebenarnya peniaga gunakan pastry marjerin brand Aristo. Kedai bahan bakery memang tak jual brand aristo sebab harganya agak mahal. Jika anda mahu guna, anda kena minta kedai bahan bakery order satu kotak brand aristo untuk anda.
5. Satu lagi bahan yang penting ialah croissant improver ia berbentuk serbuk sama seperti bread immprover. Namun kedai bahan bakery memang tidak jual sebab tiada orang akan beli. Kalau tanya mereka pun mereka tak tahu sebab mereka tak pernah jual. Anda kena minta kedai bakery tanya pada pembekal mereka dan kena order satu guni dalam 10kg. Croissant improver menjadikan danish lebih tahan lama dan kulitnya lebih cripsy dan dalam danish tidak terlalu lembut.
6. Yis yg telah dibuka perlu diikat rapat dan di simpan di dalam bekas kedap udara dan tidak panas. Elok anda beli yis yang dipack kecil. Kerana selepas yis dibuka ia akan cepat rosak jika terdedah kepada udara. Dan ia perlu diletakkan jauh dari garam..
7. Untuk danish dan croissant menjadi crispy / crusty tahan lama, biasanya kedai meletakkan danish dan croissant mereka dibawah lampu. Dan jika anda guna pastry marjerin brand aristo dan croissant imporver, ia akan lebih crispy dan crusty. Dan selepas sejuk, ia boleh dibakar semula untuk ia kembali cripsy
8. Selepas lapisan doh dilipat, elok masuk dalam freezer selama 5minit. Dalam video saya masuk ke dalam chiller sebab saya gelek cepat. Tapi untuk anda elok masuk dalam freezer untuk ia lebih keras dan elak pastry marjerin cepat cair semasa di gelek. Ini membantu menghasilkan croissant yang berlapis.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2

2h. Tips Tambahan Croissant & Danish
9. Kita buat lapisan doh danish pada saiz 18inci X 9inci. Anda sebenarnya boleh buat apa sahaja saiz, asalkan ketebalannya dalam 5mm-7mm. Namun jika anda mahu danish kembang lebih tebal, anda boleh tambah ketebalan lapisan doh kepada 10mm atau buat doh bersaiz yang lebih kecil seperti 16inci X 8 inci. Ia terpulang kepada anda.
10. Penggunakan susu segar dalam egg wash danish dapat mengurangkan bau hanyir telur..Tapi jika anda rasa baunya masih hanyir, anda boleh tambah setitik essence vanila atau butter oil untuk menghilangkan bau hanyir.
11. Doh dibiarkan kembang sehingga menjadi dua kali ganda. Dalam masa 1jam – 1jam 15minit. Semasa doh kembang, jangan buka kipas dan perlu ditutup dengan plastik di atasnya.
12. Parcement paper boleh digunakan berulang kali. Ia sangat menjimatkan masa. Tetapi jika anda tiada parcement paper, boleh sapukan marjerin di atas tray pembakar.
13. Lebihan buah strawberi boleh simpan di dalam air biasa atau air garam dan masukkan ke dalam chiller untuk tahan lebih lama.
14. Kita guna pure butter brand achor untuk hasil yang baik. Anda boleh guna butter murah seperti buttercup. Atau jika nak lebih jimat, boleh gantikan dengan lemak sayuran dengan sukatan yg sama, tetapi hasilnya kurang baik dibandingkan pure butter.
15. Selepas anda berjaya membuat puff, jangan lupa wasap saya gambar puff di +60137757915 dengan sedikit komen. Sebab ada bonus istimewa resepi tambahan berkaitan puff akan diberi.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
MODUL 3: ANEKA CREAM PUFF
3a. Resepi Cream Puff
Bahan Cecair
100gm Susu Segar
400gm Air Paip
50gm Gula Pasir
2 Cubit Garam
200gm Butter
Bahan Kering
260gm Tepung Gandum Biasa
Bahan Akhir
6 Biji Telur (50gm-55gm setiap biji)


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3b. Video Membuat Cream Puff Original
Video 3b: Cara Membuat Cream Puff Original
Ringkasan video di atas:
1. Resepi ada di modul 3a, atas video sahaja.
2. Kita perlu masak bahan cecair sehingga mendidih.
3. Selepas mendidih, matikan api dan masukkan tepung gandum ke dalamnya. Kacau sehingga ia menjadi adunan yang pekat.
4. Dan biarkan 30 minit untuk ia tidak terlalu panas. Seterusnya masukkan telur dan pukul dengan hand mixer atau mixer heavy duty sehingga menjadi adunan cream yang pekat.
5.Masukkan adunan cream puff ke dalam piping bag dengan nozzle bersaiz 1M atau 852. Dan kita piping bentuk cream puff ke atas loyang pembakar yang di alas dengan parcement papper.
6. Selepas siap semua kita bakar pada suhu 180 darjah selama 25minit.
Nota: Suhu dan masa bergantung juga pada kualiti oven. Jika nak tahu dah masak, bahagian bawah dah brown dan bahagian atas golden color.
7. Selepas masak dan sejuk, kita pipingkan diplomat cream ke dalam cream puff dan tabur icing sugar di atasnya. Cara membuat diplomat cream ada di ajar di modul 4e.
8. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3c. Video Membuat Eclair
Video 3c: Cara Membuat Eclair
Ringkasan video di atas:
1. Pastikan anda telah menonton video 3b untuk cara membuat adunan creampuf sebab kita guna adunan yang sama.
2. Masukkan adunan creampuff kedalam piping bag dengan nozzle saiz 868. Kalau tiada nozzle,gunting bulat sahaja hujung nozzle.
3. Seterusnya piping ke atas tray pembakar dengan bentuk eclair yang panjangnya 4 inci seperti di dalam video.
4. Selepas siap kita bakar pada suhu 180 darjah untuk oven kecil selama 25 minit.
Nota: Suhu dan masa bergantung juga pada kualiti oven. Jika nak tahu dah masak, bahagian bawah dah brown dan bahagian atas golden color.
Nota: Jika enclair anda terlalu lembut selepas sejuk, ia disebabkan eclair anda tidak cukup dibakar dan anda perlu bakar lebih lama lagi.
5. Seterusnya kita piping kan diplomat cream ke dalam eclair.Cara membuat diplomat cream ada di ajar di modul 4e.
Nota: Jika atas eclair anda pecah atau merekah, jangan risau kerana kita akan salut atasnya dengan coklat.
6. Dan kita celupkan eclair ke atas coklat cair. Cara buat coklat ganache cair ada di ajar di modul 4g
8. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3d. Video Membuat Churros
Video 3d: Cara Membuat Churros
Ringkasan video di atas:
1. Pastikan anda telah menonton video 3b untuk cara membuat adunan creampuf sebab kita guna adunan yang sama.
2. Masukkan adunan creampuff kedalam piping bag dengan nozzle saiz 852. Kalau tiada nozzle,gunting bulat sahaja hujung nozzle.
3. Kita akan pipingkan adunan cream puff ke dalam minyak masak. Pastikan minyak telah benar-benar panas sebelum adunan cream puff dipiping ke dalamnya.
Nota: Jika semasa piping churrosnya tidak tegak, anda boleh tegakkan semula di dalam minyak masak dengan sudip atau penyepit.
4. Sekali sekala anda perlu terbalik-terbalikkan churros di dalam minyak masak. Elok gunakan penyepit untuk memudahkan churros diterbalikkan .
5. Masak sehingga churros dan golden color. Angkat dan toskan
6. Seterusnya salut dengan gula kastor dan cinamon powder.
7. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3e. Tips Tambahan Cream Puff
1. Cream Puff perlu dibakar dalam masa 25-30minit sehingga benar-benar golden color. Jika ia tidak benar-benar masak, kulit cream puff yang siap dibakar akan lembut dan turun selepas sejuk. So jika selepas sejuk, kulit cream puff menjadi terlalu lembut atau bentuknya turun, anda hanya perlu tambah masa bakar cream puff lagi sahaja. Biasanya dalam masa 25-30minit.
2. Piping bag plastic boleh digunakan berulang kali. Anda boleh basuh piping bang dan nozzle dengan air sederhana panas. Nozzle dan piping bag boleh dibeli di kedai bahan bakery
3. Jangka masa bakar tidak sama kerana kualiti oven berbeza. Sebab walau anda setkan 180 darjah, belum tentu di dalam oven 180 darjah celcius. So untuk permulaan, anda bakar 2 biji terlebih dahulu dan ikut seperti cara dalam video. Untuk 10 minit pertama kena bakar pada suhu tinggi iaitu 180 darjah celcius untuk puff kembang. Jika puff tak kembang, anda perlu tambah lagi suhunya kepada 190 darjah celcius. Dan selepas bakar 10 minit kita tambah tray diatas untuk mengelakkan puff hitam. Atau anda juga boleh kurangkan suhunya kepada 150darjah celcius selepas 10 minit bakar. Biasa keseluruhan masa bakar 25-30minit

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3

3e. Tips Tambahan Cream Puff
Untuk industrial oven pula, suhunya ialah 200 darjah celcius api atas dan 190darjah celcius api bawah dan suhunya maintain atau sama dan dibakar selama 25-30minit.
4. Selepas siap buat adunan mentah cream puff, jangan tergesa-gesa membakarnya. Beri masa cream puff untuk rehat dalam masa 15minit. Ini akan membantu cream puff kembang dengan baik semasa dibakar nanti. Sebeb tu dalam video saya siapkan dulu piping semua cream puff ke atas tray. Kemudian baru panaskan oven.
5 Telur yang digunakan ialah beratnya 50gm atau size B. Jika anda gunakan telur size A, anda hanya perlu kurangkan putih telur sehingga beratnya 50gm sahaja.
6. Selepas anda berjaya membuat puff, jangan lupa wasap saya gambar puff di +60137757915 dengan sedikit komen. Sebab ada bonus istimewa resepi tambahan berkaitan puff akan diberi.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
MODUL 4: ANEKA FILLING & CREAM
4a. Video Buat Sardin Filling Utk Puff
Video 4a: Cara Buat Sardin Filling Utk Puff
Ringkasan video di atas:
Resepi Inti Sardin
3 biji Bawang Besar
2 sudu besar Cili Kisar
2 sudu besar Tomato
2 sudu besar Susu Segar
1 Tin Isi Sardin Tin
Garam & Gula Secukup Rasa
Ringkasan video di atas:
1. Tumis 3 biji bawang besar yang dipotong dadu. Tumis sehingga layu dan naik bau. (Lagi 2 biji bawang besar disimpan dulu)
2. Masukkan 2 sudu besar cili kisar dan masak sehingga pecah minyak
3. Masukkan 2 sudu besar sos tomato dan 2 sudu besar susu segar.
3. Masukkan satu sudu teh garam dan 2 sudu besar gula. Rasa dulu dgnlidah. jika kurang masin atau manis, boleh tambahkan lagi gula/garam.
4. Masukkan 1 tin isi sardin yang telah dibuang tulang dan dihancurkan.
5. Masukkan 2 biji bawang besar yang dipotong dadu.
6. Kacau dan masak sekejap je dalam 1-2 minit dan matikan api. Tak perlu masak sangat sebab akan di masukkan ke dalam bun dan dibakar lagi.
Nota: Utk tuna, tukar sardin dengan tuna sahaja.
7. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.
.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4b. Video Buat Chicken Filling (Chicken Pie)
Video 4b: Cara Buat Chicken Filling (Chicken Pie)
Resepi Chicken Filling
2 biji Bawang Besar
250gm Isi Ayam
1 sudu besar Sos Tiram
1 sudu teh Lada Sulah
2 sudu besar Susu Segar
6 biji Cendawan Butang Tin
150gm Mix Vegetable
Resepi Roux (Pemekat)
1 Sudu Besar Butter
2. Sudu Besar Tepung Jagung/Gandum
Ringkasan video di atas:
1. Tumis 2 biji bawang besar yang dipotong dadu sehingga layu.
2. Kemudian masukkan isi ayam (dipotong kiub kecil), 1 sudu besar sos tiram, 1 kiub pati ayam, 1 sudu teh lada sulah dan dua sudu besar susu segar.
3. Masak sehingga ayamnya masak. Ayamnya akan bertukar pada warna putih apabila ia masak.
4. Selepas ayam masak, masukkan 6 biji cendawan butang dalam tin yang dipotong dadu bersama mix vege. Kacau sehingga bercampur sahaja.
5. Seterusnya masukkan roux atau bahan pemekat dan masak hingga pekat dan angkat.
Nota: Untuk buat roux, masak 2 sudu besar tepung gandum dengan 1 sudu besar butter atau marjerin. Masak sehingga bercampur dan pekat.
6. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4c. Video Buat Topping PIzza Tuna/Chicken (Pizza Puff)
Video 4c: Cara Buat Topping PIzza Tuna/Chicken (Pizza Puff)
Resepi Topping Pizza
2 biji Bawang Besar
250 Isi Ayam atau Tuna
1 sudu besar Sos Tiram
1 Sudu Teh Lada Sulah
2 sudu besar Susu Segar
6 biji Cendawan Butang Tin
2 biji Capsicum (Cili Bengala)
Resepi Roux (Pemekat)
1 Sudu Besar Butter
2. Sudu Besar Tepung Jagung/Gandum
Ringkasan video di atas:
1. Tumis 2 biji bawang besar yang dipotong dadu.
2. Kemudian masukkan 2 tin tuna (yang dihancurkan), 1 sudu besar sos tiram, 1 kiub pati ayam, 1 sudu teh lada sulah dan dua sudu besar susu segar.
Nota: Anda boleh gantikan tuna dengan 250gm ayam dipotong dadu jika mahu. Kalau guna ayam kena masak lama sikit sehingga yamnya masak.
3. Selepas masak, masukkan 6 biji cendawan butang dalam tin yang dipotong dadu dengan lada bengala yang dihiris memanjang.
4. Kacau sehingga bercampur sahaja. Seterusnya masukkan roux atau bahan pemekat. Masak hingga pekat dan angkat.
Nota: Untuk buat roux, masak 2 sudu besar tepung gandum dengan 1 sudu besar butter atau marjerin. Masak sehingga bercampur dan pekat.
5. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4d. Video Buat Custard Cream / Pastry Cream
Video 4d. Cara Buat Custard Cream / Pastry Cream
Resepi Custard / Pastry Cream
100gm Instant Custard
250gm Air Panas
50gm Whipping Cream
Boleh guna whipping cream cairy atau non dairy.
Ringkasan video di atas:
1. Cara membuatnya pun mudah. Hanya campurkan 100gm instant custard powder dengan 250gm air panas. Dan kacau dengan whisk.
Nota: Kita guna instant custard powder. Bukan tepung custard biasa. Peniaga memang guna instant custard powder kerana ia lebih tahan lama dan cepat disediakan.
2. Selepas bahan pekat, masukkan 50gm whipping cream non dairy dan 1 titis pewarna kuning. Jika kurang kuning boleh tambah lagi pewarna kuning.
3. Selepas siap masukkan ke dalam plastik dan simpan di dalam peti sejuk.
Nota: Jika anda ingin custard cream lebih sedap, boleh tambah sebiji kuning telur, tapi menjadikan custard cream tidak tahan lama.
4. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4e. Video Buat Diplomat Cream Untuk Cream Puff
Video 4e: Cara Buat Diplomat Cream Untuk Cream Puff
Resepi Diplomat Cream
15gm Whipping Cream Non Dairy
300gm Custard Cream
Ringkasan video di atas:
1. Campurkan whipping cream non dairy dan custard cream.
2. Pukul sehingga bahan kembang menggunakan mixer. Biasanya kita pukul dalam masa lebih kurang 5-6 minit.
Nota: Cara untuk tahu ia pekat ialah apabila pemutar mixer diangkat, diplomat cream tidak menitis dan kelihatan bertanduk.
3. Masukkan ke dalam piping bag dan simpan di dalam chiller sebelum digunakan.
4. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4f. Video Mencairkan Apricot Glaze
Video 4f. Cara Mencairkan Apricot Glaze
Resepi Apricot Glaze
50gm Apricot Glaze
25gm Air Paip
Ringkasan video di atas:
1. Anda hanya perlu memasak 50gm apricot glaze dengan 25gm air paip sehingga ia cair dan pekat.
2. Ia disapukan di atas buah pada danish. Tujuannya untuk buah tahan lama di atas meja.
Nota: Sekiranya apricot glaze anda keras semula, anda hanya perlu tambah sedikit air dan masak semula untuk ia cair.
3. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4g. Video Mencairkan Coklat
Video 4g: Cara Mencairkan Coklat
Ringkasan video di atas:
1. Kita perlukan coklat masakan atau dark coklat. Tapi bukan milk coklat.
Nota: Anda boleh guna bentuk coin atau bentuk bar. Kalau guna bentuk bar, kena dipotong kecil terlebih dahulu.
2. Seterusnya kita akan cairkan secara double boil. Masukkan air panas yang suhunya 60-70 darjah celcius (bukan air mendidih).
3. Seterusnya letakkan bekas yang berisi coklat di atas air panas tersebut.
4. Biarkan di atas meja dalam masa 7-10minit untuk coklat cair.
Nota: Namun jika coklat anda tidak cair mungkin disebabkan air panas terlalu panas melebihi 80 darjah celcius atau coklat masakan anda telah masuk angin kerana lama tidak digunakan.
5. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4h. Cara Penyimpanan Filling & Cream
1. Untuk sardin, chicken dan tuna filling, anda boleh wrap dan simpan di dalam chiller (peti sejuk bahagian sayur). Ia tahan seminggu di dalam chiller. Dan boleh disimpan di dalam freezer dan tahan sebulan. Pastikan ia disimpan dalam bekas tertutup. Jika rosak, ia akan berkulat
2. Untuk pastry cream dan diplomat cream, elok terus simpan di dalam chiller jika tidak digunakan. Ia tahan 5-7 hari di dalam chiller. Elok masukkan ke dalam plastik atau piping bag dan ikat dan simpan di dalam chiller.
3. Untuk coklat masakan, anda boleh wrap dan letak diluar sahaja jika tidak digunakan. Dan apabila nak guna semula, anda hanya perlu double boil atau letak di atas air panas sehingga coklat cair.


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
MODUL 5: BISNES PUFF & DANISH
5a. Pengiraan Kos
Terlebih dulu anda buka file excel pengiraan kos di dalam dvd. Ia hanya boleh dibuka dgn komputer. Namun jika anda tiada komputer, anda boleh kira secara manual pada kertas.

Langkah pertama, kita perlu kira berapa harga atau kos untuk 250gm tepung gandum yang digunakan di dalam resepi. So dapatkan dulu harga kedai untuk 1kilo tepung. Jika 1 kilo tepung gandum berharga rm2.50. So berapakah harga 250gm tepung roti ?
Anda hanya perlu guna formula spt ini:
RM2.50/1000gm X 250gm = RM0.63
(2.50 bahagi 1000 darab 250 = 0.63)
So harga atau kos 250gm tepung gandum ialah RM0.63

Guna formula yang sama untuk mendapatkan harga atau kos bahan resepi yang lain. Dan kemudian kita jumlahkan kesemua kos bahan resepi. So jumlahnya ialah RM3.02 untuk satu resepi. (Anda perlu ubah column ‘Harga Di Kedai’ mengikut harga di kedai di tempat anda.)

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5

5a. Pengiraan Kos

Jumlah kos untuk satu resepi puff ialah RM3.02
Satu resepi dapat 10 biji puff
So kos eebiji puff = RM3.02 / 10biji = RM0.30

Sekarang kita kira kos inti sardin. Caranya sama sahaja seperti kira kos puff.. Dan jumlah kos inti sardin untuk satu resepi ialah RM8.84

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5

5a. Pengiraan Kos

Jumlah kos untuk satu resepi inti sardin ialah RM8.84
Satu resepi dapat berat inti sardin 450gm(elok anda timbang semula selepas masak). Satu Puff guna 15gm inti sardin.
Jumlah Puff yg dapat disi inti sardin dari 1 resepi inti sardin = 450gm / 15gm = 30biji. Ini bermakna resepi inti sardin nie dapat memuatkan 30biji puff..
So Kos inti sardin untuk sebiji Puff = RM8.84 / 30biji = RM0.29

Sekiranya anda menjual puff pada harga rm2.00, maka keuntungan sebiji puff ialah: RM2.00- RM0.60 = RM1.40. SIAP KIRA UNTUNG
(Untuk danish, saya ada buat pengiraan kos dalam file excel yang sama di bawah tab danish buah di dalam dvd).

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
5b.Tips Cara Mengandakan Resepi
Cara mengandakan resepi sangat mudah. Jika anda ingin buat dua kali ganda resepi, anda hanya perlu darab 2 untuk semua sukatan resepi. Jika anda ingin gandakan resepi 4 kali ganda, anda hanya perlu darab 4 untuk semua sukatan resepi seperti dibawah:
RESEPI PUFF PASTRY
Tepung Gandum = 250gm X 4 = 1000gm
Gula Halus = 10gm X 4 = 40gm
Garam = 1gm X 4 = 4gm
Pure Butter = 25gm X 4 = 100gm
Air SejuK = 110 gm X 440gm
Susu Segar = 25gm X 4 = 100gm
Pastry Marjerin = 125gm X 4 =500gm


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
5c. Video Guna Mixer Heavy Duty
Video 5c: Cara Guna Mixer Heavy Duty
Ringkasan video di atas:
1. Resepi ada di modul 1c. Anda perlu tonton dulu video modul 1d terlebih dahulu.
2. Gaul dan ramas bahan kering sehingga menjadi serbuk. Anda boleh ramas dengan tangan dulu atau gunakan mesin mixer heavy duty dengan gear satu.
3. Kemudian masukkan bahan cecair dan uli dengan gear dua.
Nota: Jika nak tukar gear mesin, anda perlu matikan suiz dulu supaya tidak cepat rosak.
4. Selepas bahan menjadi doh uli dalam 2-3 minit sahaja.
Nota: Untuk doh roti anda hanya boleh guna sehingga gear dua. Tidak boleh guna gear tiga. Di dalam video saya gunakan mesin mixer heavy duty 3kg.
5. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
5d. Panduan Guna Industrial Oven

Cara guna industrial oven tidak jauh berbeza dengan oven kecil biasa. Untuk industrial oven jenis elektrik, anda hanya perlu pasang plug sahaja. Manakala industrial oven jenis gas, anda perlu pasang plug & salur gas pada tong gas.
Cara guna industrial oven utk gas dan elektrik sama sahaja. Anda tekan suiz on dulu. Kemudian set kan suhu api atas kepada 200darjah celcius dan api bawah 190darjah celcius. Suhu ini untuk puff, danish dan creampuff. Biarkan beberapa minit sehingga oven panas mencapai suhu yang disetkan. Warna lampu oven akan berubah dari merah ke hijau jika oven telah panas. Selepas oven panas, barulah set kan masa bakar dan masukkan puff dan lain2 ke dalam. Jika api mati, oven akan keluarkan bunyi. Anda hanya perlu turunkan suhu kepada kosong dan naikkan semula suhu untuk hidupkan api.
Tips Mendapat Mesin Baru & Secondhand
Untuk mencari penjual mesin makanan seperti mesin penguli, industrial oven dan dough roller sheeter, anda hanya perlu bertanya pada kedai bahan bakery di tempat anda. Biasanya mereka memang tahu di mana kedai mesin makanan berdekatan di tempat anda. Semua jenis mesin makanan ada dijual di kedai yang sama.
Manakala untuk mesin second hand, anda boleh cari di www.mudah.my ,Anda masuk ke laman webnya di www.mudah.my dan pilih negeri dan daerah ditempat anda. Kemudian taip kan mesin yang anda cari. Contoh industrial oven atau mixer heavy duty. Anda juga boleh jual apa sahaja barang lama dan tidak digunakan di www.mudah.my

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
5f. Tips Bahan Pengawet Roti.
Untuk danish, croissant dan puff menjadi tahan lebih lama, anda boleh tambahkan 0.6gm pengawet roti jenis Calcium Propionate ke dalam 1kg tepung. Pengawet roti jenis Calcium Propionate ini lebih baik dan sesuai untuk apa jenis makanan dari tepung seperti puff, roti, bun dan pau. Ia akan tahan 6-7hari dalam plastik. Namun untuk tahan 6-7 hari, anda perlukan pengawet roti dan improver. Untuk roti kita gunakan bread improver, manakala untuk croissant kita perlukan croissant improver. Jika hanya guna improver sahaja, ia tahan 4 hari. Apapun penggunaan pengawet kurang baik untuk kesihatan jangka panjang.
Namun untuk puff, ia tidak sesuai dipack. Ini kerana jika dipack, bahagian kulit puff atau danish tidak akan crispy lagi. Ia lebih sesuai dijual terus dan diletakkan di bawah lampu untuk ia crispy lebih lama. Sebab itu kedai-kedai letakkan puff atau croissant mereka di bawah lampu untuk crispy lebih lama.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
5g. Frozen Lapisan Doh Puff & Danish
Anda boleh frozen lapisan doh puff dan danish yang belum dimasukkan inti, Ia tahan dalam freezer sebulan tanpa apa-apa bahan pengawet pada suhu freezer -18 darjah celcius. (Bahan pengawet untuk ketahanan selepas dibakar). Caranya lapisan doh kecil puff atau danish (yang siap dipotong) perlu terus di masukkan ke dalam freezer. Biasanya dimasukkan ke dlm tray dan di wrap rapat dgn plastik wrapping. Ia boleh diletakkan bertindih-tindih, dengan lapisan plastik diantara satu sama lain supaya tidak melekat. Tetapi jangan tindih tinggi sangat.
Bila nak guna, keluarkan dari freezer dan biarkan diluar (defross) di dalam wrap sehingga ia lembut. Boleh defross di bawah kipas untuk cepat defross dan tidak berwap. Selepas lapisan doh lembut, barulah masukkan inti dan biarkan 15 minit untuk puff dan untuk danish biarkan kembang dua kali ganda. Seterusnya sapukan egg wash dan bakar. Utk Inti sardin boleh difrozen berasingan di bekas lain. Cara ini biasa digunakan di kedai dan boleh digunakan pada bun & pau dengan frozen doh bun kecil yang dibulatkan tapi belum dimasukkan inti. Caranya sama.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
MODUL 6: INFO TAMBAHAN
6a. Cara Buat Duit Dgn Jadi Agen Promosi
Anda boleh buat duit dgn menjadi agen promosi produk ini. Komisen yang diberikan ialah RM20 dari jualan setiap pakej. Kalau anda dapat jualan 10 pakej maka komisen anda terima adalah rm20X10=RM200 untuk anda. Lumayan
Web daftar: www.rahsiapuff.com/daftaremas
Web Log in: www.rahsiapuff.com/login
Soalan Lazim agen: www.hairul.com/blog/agen
Elok anda tonton video di website di bawah untuk cara mendaftar, cara log in dan cara mendapatkan komisen:
Video 7a. Cara Menjadi Agen

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 7
6b. Artikel Petua Kejayaan Yang Menarik
Saya ada tulis tiga artikel menarik yang akan membantu anda untuk hidup lebih bahagia dan murah rezeki. Memang menarik artikel ini. Klik link di bawah untuk baca artikelnya:
1. Tips Hidup Bahagia & Murah Rezeki <<< Kilik Sini
2. Bahaya Mulut Yang Memberi Kecelakaan Dalam Hidup <<< Klik Sini
3. Berhati-hati Memilih Kawan Agar Hidup Lebih Bahagia <<< Klik Sini
Saya ada menulis artikel yang menarik tentang cara memulakan bisnes bagi mereka yang baru dan lama. Jom baca
1. 7 Langkah Memulakan Bisnes Makanan Paling Berkesan <<< Kilik Sini
2. 5 Tips Cara Tambah Pendapatan Sampingan Dari Pegalaman Pembeli<<< Klik Sini
3. Persediaan Sebelum Bersara Dari Kisah Arwah Ayah<<< Klik Sini
4. 5 Sebab Punca Kegagalan Bisnes Makan Yg wajib Anda Tahu<<< Klik Sini


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 7
6c. Senarai Produk Menarik Yang Lain.
1. Belajar donut ala big apple, roti buku ala gardenia dan sarang lebah di: www.rahsialoaf.com
2. Belajar13 kek hari jadi di: www.deco.rahsiakek.com
3. Aneka bun pau & pizza di: www.rahsiabun.com
4. Kek butter, lapis dan swiss roll hotel di www.bisneskek.com
5. Aneka puff, croissant, danish & Cream Puff di: www.rahsiapuff.com
6. Aneka putu homemade, piring, bambu, mayam di: www.rahsiaputu.com
7.Bisnes air, dadih & mouse dessert hotel di: www.bisnesair.com
8. Air soya taufufah di: www.rahsiataufufah.com
9. Resepi roti canai, murtabak & thosai di: www.resepiroticanai.com


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 7
6d. Kenapa Resepi Tidak Boleh Di Share Terbuka
Seperti yang diberitahu dalam website, dvd ini untuk kegunaan anda, keluarga anda dan perniagaan anda. Bukan tujuan untuk diedarkan atau dijadikan bahan mengajar orang lain. Anda tidak dibenarkan berkongsi segala resepi atau teknik di dalam video ini. Jika rakan anda berminat belajar, mereka perlu membelinya dari Hairul HIssam atau anda boleh belikan untuk mereka sebagai hadiah.
DVD ini dijual di internet. Jika anda share pada kawan anda dan kawan anda share pada kawan yang lain. Dan kawan yang lain pula share di internet, ia akan memberi kesan yang teruk kepada bisnes online saya. JIka anda sendiri buat bisnes ini secara fulltime seperti saya, anda tentu risau & buat perkara yang sama. Semoga anda menjaga keberkatan iagar anak anda, keluarga anda dan rakan anda sihat dan baik.
Penafian: Video ini dihasilkan berdasarkan pengalaman penulis untuk pembelajaran pembeli. Penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kerugian, kesilapan atau kecederaan yang ditanggung oleh pembeli semasa mempraktikkan video ini.


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 7
6e. Support Dan Bantuan Pembeli
Pastikan anda telah tonton dan baca dengan teliti semua video dan tips sebelum bertanya. Bukannya tengok sikit, whatsaap, tengok sikit whatsapp. Sebenarnya semua telah diterangkan di dalamnya. Namun jika anda pertanyaan dan masalah boleh hubungi saya melalui whatsap di bawah:
Whatsapp: +60137757915
Kalau boleh, hantar dalam satu mesej. Panjang tak pe. Maklumlah ramai sangat pembeli dan bakal pembeli yang menghantar mesej tak henti-henti.


